SERUAN UNTUK BERTINDAK : INISIATIF TERBARU SOLIDARITI

Negara sekarang sedang menghadapi antara salah satu cabaran paling perit dalam catatan sejarah. Merebaknya pandemik Covid-19 telah mengakibatkan suatu kesan negatif ekonomi global. Impaknya terhadap Malaysia akan berpanjangan dan telah terbukti menyebabkan tekanan kuat pada corak kehidupan harian sebilangan besar anggota masyarakat. Keadaan ekonomi yang merudum diburukkan lagi oleh situasi politik semasa yang tidak menentu.

Kecemasan pandemik Covid-19 mengancam bukan sahaja kesihatan rakyat awam semata-mata. Ianya dijangka akan turut menggugat dengan krisis ekonomi yang akan menyusul. Jelas sekali dapat kita saksikan kemunduran yang berpanjangan dalam tahap standard kehidupan harian dan kebajikan awam. Hari ini Malaysia dicatatkan sebagai salah satu negara yang mengalami kejurangan beza gaji tertinggi di Asia. Ternyata dapat dilihat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana kalangan masyarakat ialah mangsa paling terkesan teruk dengan situasi ekonomi yang mengancam ini.

Dalam konteks ini, keperluan untuk mobilisasi sosial bagi tindakan pembaikan adalah perlu. Kita perlu saling menyokong dan berdiri bersama dalam solidariti dengan usaha perjuangan masing-masing. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dapat kita saksikan pelbagai inisiatif oleh organisasi kendiri yang memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan dikalangan rakyat. Usaha-usaha ini dimanifestasikan dalam semangat saling membantu dan keprihatinan tinggi yang terlihat oleh anggota masyarakat awam biasa.

Di tahap perkembangan semasa, kita masih belum dapat mengukur tepat keseluruhan impak yang bakal melanda dunia global mahupun dalam negara. Walau bagaimanapun, diyakini banyak sumber keperluan, termasuk kewangan diperlukan bagi menampung kesan mudarat krisis yang belum pernah berlaku ini. Hakikatnya jelas bahawa adalah tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan dan memastikan bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia, ini terutamanya memandangkan jangkauan sumber yang besar pastinya diperlukan bagi urusan pembaikan pasca-krisis yang berskala besar. Namun, perlu diingat, keberhasilan dalam sebarang tindakan bersama oleh pihak kerajaan tertakhluk pada kecekapan dan integriti di pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab.

Kita tidak boleh sekadar duduk bersandar senang secara pasif dan menjangka pembaikan suasana akan tiba-tiba muncul berlaku secara lancar dan sendiri. Sebagai tambahan terhadap keperluan beberapa tindakan oleh pihak kerajaan, kita haruslah menggerakkan usaha mobilisasi tertentu. Selaku warganegara yang prihatin dan berdaya, inilah masa untuk kita menunjukkan komitmen kita pada pembangunan negara dan membela kalangan rakyat yang menderita. Ini juga waktunya yang tepat bagi menyusun tenaga masyarakat dengan semangat sukarelawan.

Selepas siri perbincangan panjang dengan kalangan penggerak dan para penyokong, kami telah membuat keputusan untuk melancarkan suatu gerakan sosial baru untuk menyegarkan kembali harapan dan motivasi melalui hasil tindakan. Kami dengan ini ingin mencadangkan untuk menyatukan mana-mana individu dan kumpulan bawah satu bumbung rangkaian yang komited pada usahasama membentuk semula kekuatan serta aspirasi rakyat dan negara. Inisiatif ini menyasar untuk membangkitkan tenaga sosial bagi perkhidmatan sosial dan daya upaya masyarakat bagi tujuan misi yang berikut :

1. Mewujudkan sebuah masyarakat yang menikmati kesamaan dalam hasil dan pendapatan;
2. Mempromosikan kesepaduan dan keharmonian jaringan sosial bagi membentuk rakyat Malaysia yang bersatu dan progresif;
3. Memastikan agar segala pembangunan adalah berdaya tahan dan bebas daripada kesan yang boleh mendatangkan kesan buruk pada iklim dan alam sekitar;
4. Menyusun dan menggalakkan lebih banyak tindakan efektif kesukarelawanan melalui penglibatan dan kerja kolektif.

Ini akan menghasilkan organisasi berorientasikan aktivisme yang mengalukan penglibatan dan sumbangan pelbagai rakyat melepasi sempadan jantina, etnik, agama dan pendirian berpihak. Perasmian formal organisasi ini dijangka akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, sekiranya ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau memberi input bolehlah berkomunikasi melalui email dialamat [email protected]